Peta baharu China masukkan kawasan perairan dituntut Malaysia

Peta baharu China masukkan kawasan perairan dituntut Malaysia

Peta baharu China masukkan kawasan perairan dituntut Malaysia
PETA standard baharu China edisi 2023.

Beijing: China pada Isnin mengeluarkan peta standardnya untuk edisi 2023 yang turut meliputi seluruh negeri Arunachal Pradesh, India; wilayah Aksai Chin, Taiwan, dan kawasan di perairan Laut China Selatan yang dituntut pelbagai negara termasuk Malaysia, lapor India Today dan NDTV.

Peta itu dikeluarkan pada 28 Ogos dilancarkan di laman web perkhidmatan peta standard yang dihoskan oleh Kementerian Sumber Asli, menurut Global Times yang dikendalikan kerajaan dalam catatan di X (dahulunya Twitter).

Berdasarkan peta itu, ia memasukkan Arunachal Pradesh yang didakwa China sebagai Tibet Selatan dan Aksai Chin, wilayah India yang dikuasai China pada 1962 sebagai sebahagian daripada negara berkenaan.

Peta sama memasukkan seluruh kawasan maritim di dalam sembilan titik ‘Nine Dash Line’ atau Sembilan Garis Putus di Laut China Selatan. Vietnam, Filipina, Malaysia, Brunei dan Taiwan turut menuntut beberapa kawasan di Laut China Selatan yang dituntut China itu.



India berulang kali menegaskan kepada China bahawa “Arunachal Pradesh adalah, sedang dan akan sentiasa kekal sebagai bahagian penting dan tidak boleh dipisahkan dari India”.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Yang Mampu Menenggelamkan Populariti Sanusi?


Peta itu juga menggabungkan Taiwan sebagai wilayah China dan sebahagian besar kawasan di Laut China Selatan, yang mana kedua-duanya dituntut oleh China.



China mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada tanah besarnya dan integrasinya dengan tanah besar adalah sebahagian daripada ikrar Presiden China Xi Jinping.

Peta baharu China masukkan kawasan perairan dituntut Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading