Remaja perempuan dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama keluarga

Pasukan bomba menjalankan SAR pada hari kedua. IHSAN JBPM

Pasukan bomba menjalankan SAR pada hari kedua. IHSAN JBPM
Pasukan bomba menjalankan SAR pada hari kedua. IHSAN JBPM

KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi bersama keluarga di sungai sebuah pusat pelancongan, Kampung Ratau di sini, semalam.

Mangsa warga tempatan dikenali Qiezlle Uyiko, 14, dilaporkan hilang kira-kira jam 2.30 petang oleh ahli keluarganya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.49 petang berhubung kejadian terbabit.



Katanya, sembilan anggota termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bergegas ke lokasi kejadian berserta satu jentera dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Operasi SAR yang ditangguh jam 8 malam tadi disambung semula jam 8 pagi, hari ini dengan menggunakan bot,” katanya dihubungi.

Menurutnya, tinjauan hari ini juga mendapati paras sungai yang meningkat sejak semalam belum menurun selepas berlaku peningkatan akibat hujan di hulu Kadamaian.

“Sehingga kini, belum ada sebarang petunjuk dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.



Pasukan bomba menjalankan SAR pada hari kedua. IHSAN JBPM




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading