Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang
Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang

GOMBAK: Remaja lelaki ditemui lemas di dalam longkang besar di Jalan Bukit Idaman, Kampung Bukit Lenggong di sini, hari ini.
Mangsa Muhammad Danial Rizal Suardi, 15, diselamatkan orang awam namun disahkan meninggal dunia.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.55 petang.
Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dengan kekuatan sembilan pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.
“Berdasarkan maklumat, seorang remaja lelaki disyaki lemas namun berjaya dibawa naik oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Remaja lelaki ditemui lemas dalam longkang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :