Bangunan kediaman terbakar: 63 maut

Bangunan kediaman terbakar: 63 maut

Bangunan kediaman terbakar: 63 maut
BOMBA ketika operasi pemadaman di bangunan berkenaan. FOTO AFP

Johannesburg: Sekurang-kurangnya 63 orang maut dalam kebakaran besar di sebuah bangunan kediaman bertingkat di sini, hari ini.

AFP melaporkan Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan berkata, 43 orang lagi cedera dalam kebakaran itu.

Kejadian dilaporkan pada waktu subuh.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran itu sebahagian besarnya sudah dipadamkan dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan kemungkinan angka kematian akan meningkat.



Anggota bomba dan kenderaan kecemasan berada di tempat kejadian, manakala mayat mangsa bergelimpangan di jalan berhampiran lokasi kebakaran, lapor Reuters.

Menurut pegawai perkhidmatan Kecemasan Robert Mulaudzi, bangunan itu adalah “petempatan tidak formal” di mana gelandangan menetap di situ tanpa sebarang perjanjian pajakan rasmi.

Itu menyukarkan untuk memeriksa bangunan berkenaan, tambahnya.

Dianggarkan, mungkin terdapat seramai 200 orang yang tinggal di bangunan berkenaan.



Punca kebakaran dan tahap kerosakan masih belum dapat dipastikan.

Bangunan kediaman terbakar: 63 maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading