JBPM terima enam peralatan khas kesan bahan kimia dari jarak jauh
BPM terima enam peralatan khas kesan bahan kimia dari jarak jauh
PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menerima enam peralatan pengesanan bahan kimia dari jarak jauh bernilai RM10.2 juta sumbangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin, berkata aset baharu itu termasuk kenderaan Long Range Detector Vehicle yang dipasang dengan Scanning Infrared Gas Imaging System (SIGIS2) yang mampu mengesan kehadiran gas dari jarak jauh.
Beliau berkata, aset-aset berkenaan akan meningkatkan tahap kecekapan operasi unit Hazmat JBPM, terutama dalam mengesan kebocoran atau tumpahan bahan kimia dengan pengesanan awal bahan itu akan mempercepat proses evakuasi di kawasan yang berpenduduk.
Katanya, aset-aset berkenaan juga akan digunakan untuk operasi pengendalian tumpahan bahan kimia berbahaya, menangani kebocoran radiasi, memadam api yang mempunyai unsur kimia berbahaya dan menangani pendedahan kimia, biologi dan nuklear (CBRNe).
“Pemberian aset berkenaan tepat pada masanya dengan pertambahan pembinaan kilang-kilang menggunakan bahan berbahaya dan banyak operasi yang membabitkan kejadian tumpahan bahan berbahaya kebelakangan ini,” katanya kepada BERNAMA selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
Beliau berkata, JBPM juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain dari segi penggunaan aset itu bagi membantu mempermudah operasi penyelamat membabitkan gas atau bahan kimia berbahaya terbabit.
Sementara itu, Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus yang menyerahkan aset berkenaan berkata pihaknya akan melengkapkan keperluan operasi menyelamat bagi semua agensi keselamatan termasuk yang membabitkan kebocoran dan tumpahan bahan berbahaya itu.
“Kita dapati sebelum ini tidak ada peralatan untuk mengkaji dan menyiasat insiden berkaitan gas berbahaya, berdasarkan insiden pencemaran Sungai Kim Kim pada 2019,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Wahab menyasarkan sebuah universiti awam yang mempunyai pengkhususan dalam bidang pengajian kebombaan dan penyelamatan diwujudkan dalam tempoh lima tahun.
Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha ke arah itu melalui institusi latihan jabatan iaitu Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM), yang perlu ditransformasikan terlebih dahulu untuk menjadi sebuah pusat latihan kebombaan dan penyelamatan yang disegani dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir wajib tampil menjawab isu memo Pejabat AG bocor
- Adakah Kerajaan Akan Terus Biarkan Ekstrimis Agama Meracuni Pemikiran Rakyat?
- Hadi Awang Penunggang Agama?
“Kita telah memperoleh sijil akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk dua program yang ditawarkan di akademi itu.
“Rancangan kita untuk menubuhkan universiti awam khusus dalam bidang kebombaan supaya dapat memberi peluang kepada orang awam yang berminat mengikuti kursus dalam bidang itu,” katanya.– BERNAMA
BPM terima enam peralatan khas kesan bahan kimia dari jarak jauh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?