Pengusaha nasi kerabu maut nahas
Pengusaha nasi kerabu maut nahas
KOTA BHARU: Seorang pengusaha nasi kerabu maut selepas kereta dipandu terbabas melanggar tembok di Jalan Tok Guru, Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Kejadian jam 6.30 pagi itu menyebabkan Mohamad Aidil Anand Rosli, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata mangsa memandu kereta jenis Honda Jazz dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Kota Bharu.
“Sebaik tiba di selekoh, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan dalam keadaan berpusing sebelum melanggar tembok konkrit serta tersepit di bahagian pemandu.
“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera parah di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pengusaha nasi kerabu maut nahas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :