Dua teksi tanpa pemandu halang ambulans
Dua teksi tanpa pemandu halang ambulans
Washington: Dua teksi tanpa pemandu dilaporkan menghalang ambulans membawa seorang pesakit parah yang kemudiannya meninggal dunia di hospital, menurut laporan Jabatan Bomba San Francisco, dalam satu lagi kejadian seumpamanya membabitkan kereta pandu sendiri di bandar itu.
The Straits Times melaporkan pada 14 Ogos, dua teksi Cruise itu berhenti di dua lorong kanan di jalan empat lorong sehala di kawasan kejiranan SoMa, tempat mangsa ditemukan, menurut laporan jabatan berkenaan
Ia berkata, kenderaan polis di lorong lain terpaksa digerakkan bagi membolehkan ambulans itu beredar.
Kenderaan tanpa pemandu itu sudah menangguhkan pergerakan ambulans dan rawatan perubatan, kata laporan sama.
Pesakit itu, yang terbabit kemalangan, disahkan meninggal dunia kira-kira 20 hingga 30 minit selepas tiba di Hospital Besar Zuckerberg, San Francisco, kira-kira 3.8 kilometer dari lokasi nahas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?
Cruise, anak syarikat kenderaan pandu sendiri di bawah General Motors, menegaskan ia tidak bersalah.
Rakaman yang dikongsi Cruise dengan The New York Times menunjukkan bahawa satu daripada kenderaannya bergerak dari tempat kejadian sebelum mangsa dimasukkan ke dalam ambulans, manakala yang lain berhenti di lorong kanan sehingga selepas ambulans itu beredar.
Rakaman itu juga menunjukkan kenderaan lain, termasuk ambulans lain, melalui sebelah kanan teksi Cruise.
“Sebaik sahaja mangsa dimasukkan ke dalam ambulans, ambulans itu segera meninggalkan tempat kejadian dan tidak pernah pun dihalang oleh kenderaan Cruise itu,” kata pihak syarikat itu dalam satu kenyataan.
Ambulans itu melepasi kenderaan Cruise yang berhenti kira-kira 90 saat selepas mangsa dimasukkan ke dalam ambulans, menurut rakaman itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
Kenyataan pihak Cruise berkata, seorang pegawai polis bercakap dengan seorang pekerjanya melalui bantuan jarak jauh di dalam kenderaan itu, dan teksi itu meninggalkan tempat kejadian selepas ambulans beredar.
Ketua bomba Jeanine Nicholson berkata, setiap saat penting dalam insiden kecemasan, dan masalahnya ialah petugas tidak mempunyai akses untuk membantu pesakit.
Cruise dan Waymo, yang disokong oleh Alphabet, syarikat induk Google, mula menawarkan perkhidmatan teksi tanpa pemandu di San Francisco pada 2022.
Dua teksi tanpa pemandu halang ambulans
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?