Tuduhan edar dadah, peniaga peluk ibu terlepas hukuman gantung

Tuduhan edar dadah, peniaga peluk ibu terlepas hukuman gantung

Tuduhan edar dadah, peniaga peluk ibu terlepas hukuman gantung
Chon Kuang memeluk ibunya selepas terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Tinggi Butterworth, melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah, enam tahun lalu. NSTP/ DANIAL SAAD

Butterworth: Seorang peniaga bergegas keluar memeluk ibunya selepas terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah, enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Fathiyah Idris selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Lim Chon Kuang, 31.

Chon Kuang yang berada dalam kamar mahkamah ketika keputusan itu dibacakan dan berterima kasih kepada peguamnya K Mahendran terus bergegas mendapatkan ahli keluarganya yang berada di luar selepas itu.



Berdasarkan pertuduhan, Chon Kuang didakwa mengedar dadah jenis monoacetylmorphines seberat 185.71 gram (g) di hadapan syarikat SY Online Venture Sdn Bhd, Jalan Idaman, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan pada jam 9 pagi 29 November 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama




Ketika perbicaraan sebelum ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Bagaimanapun, Fathiyah memberitahu selepas meneliti semua aspek daripada kedua-dua pihak iaitu pendakwaan dan pembelaan, pihaknya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Berikutan itu, katanya, mahkamah membuat keputusan dengan melepas dan membebaskan tertuduh daripada dakwaan terbabit.

Tuduhan edar dadah, peniaga peluk ibu terlepas hukuman gantung

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isu stokin – Pendirian PAS berpaksi politik, bukan berpaksi agama




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading