‘Hidayah’ makin jelita, peminat syak buat pembedahan plastik kali kedua
‘Hidayah’ makin jelita, peminat syak buat pembedahan plastik kali kedua
PENAMPILAN pelakon dan pelawak Lee Se Young sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila dia dikatakan melakukan pembedahan plastik buat kali kedua.
Dakwaan itu dibuat netizen yang terpukau melihat perubahan wajah aktres itu selepas membuat pembedahan sama dua tahun lalu.
Allkpop melaporkan sebelum ini Se Young pernah mengaku menjalani diet ketat selain melakukan senaman komprehensif selain menjalani beberapa prosedur kecantikan.
Aktres itu turut dilaporkan melakukan suntikan filler dan botoks pada bahagian hidung selain khabar angin mengatakan dia membuat pembedahan hidung dan rahang.
Aktres itu dipercayai melakukan pembedahan wajah susulan tertekan dengan komen negatif netizen yang menghina wajahnya sebagai hodoh.
Pada 2017, nama Se Young pernah tular di Malaysia susulan sebuah laman Facebook iaitu Daebaking sering memuat naik video pelawak itu dengan sari kata bahasa Melayu yang kelakar.
Malah karakter Hidayah turut dicipta sehingga dia lebih dikenali dengan nama itu dalam kalangan peminat Malaysia.
‘Hidayah’ makin jelita, peminat syak buat pembedahan plastik kali kedua
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?