Ingatkan Atiq Azman naik pelamin
ruRu
Ingatkan Atiq Azman naik pelamin
BAPA pelakon Atiq Azman iaitu Raja Azman Shah Raja Tak @ Tajuddin, 50-an selamat bergelar suami dengan wanita pilihannya selepas enam tahun menduda.
Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata, sebagai anak dia tumpang gembira apabila bapanya memaklumkan mahu kembali mendirikan rumah tangga.
Raja Azman selamat dinikahkan dengan wanita pilihannya iaitu Zuraini Jaafar, 40-an dalam sebuah majlis pernikahan serba sederhana pada pagi Ahad yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Atiq bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pernikahan pasangan itu.
“Alhamdulillah, semua okay dan berjalan lancar. Mereka sudah lama berkenalan cuma baru hari ini selesai majlis pernikahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Golongan Yang WAJIB UMNO Dekati
- Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?
“Insya-Allah November ini baru diadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka memandangkan ibu tiri saya belum pernah berkahwin sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Berkongsi mengenai kehadiran ibu tiri, Atiq mengakui sebelum ini dia sukar menerima perkhabaran ibu bapanya mahu berkahwin lain selepas mereka bercerai.
Namun sejajar pertambahan usia, dia mula berlapang dada apabila mengenangkan ibu bapanya juga berhak mencari kebahagiaan sendiri.
“Saya sebenarnya memang jarang jumpa ibu tiri tapi memang mengetahui tentang hubungan mereka. Saya terima dengan hati terbuka kehadirannya dalam keluarga kami.
“Mungkin ada anak-anak yang tak boleh terima jika ibu bapa mereka berkahwin lain dan saya pun pernah seperti itu, sampai menangis!
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Seekor Dua Ayam Tak Berkokok, Hari Tetap Siang
- Hanya Selepas Ketiadaan Dinasor PAS, Mungkin UMNO & PAS Berkerjasama Semula
“Tapi apabila difikirkan kembali mereka juga ada hak untuk berkahwin lain dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing… Ibu kandung saya pun sudah berkahwin lain,” kongsinya.
Malah kata Afiq, hubungan ibu bapa kandungnya juga semakin baik sejak mereka bercerai meskipun sebelum ini timbul pelbagai konflik di antara mereka sehingga membawa kepada penceraian.
Sementara itu, Afiq memberitahu dia sendiri belum bersedia mendirikan rumah tangga walaupun ada menyangka dia yang naik pelamin.
Kata pelakon drama Nur ini, dia masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain perlu mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan.
“Belum lagi terfikir nak kahwin… Saya tengah kumpul dulu apa yang kurang, Nak jaga anak orang perlukan duit.
“Rezeki memang datang daripada Allah tapi dalam masa sama persediaan itu penting,” katanya.
Ingatkan Atiq Azman naik pelamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cara Media Perdana Membunuh Kerajaan Perpaduan
- Lepas 2 Kali Jadi PM, Baru Sekarang Mahathir Sedar Sekolah Vernakular Wujud
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?