Sharnaaz Ahmad Tegur Sistem JPJeBid
Bengang Semua Nombor Plate Kena Sapu Dengan Scalper
Sharnaaz Ahmad Tegur Sistem JPJeBid
Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dirasakan tidak adil.
Sharnaaz mempersoalkan bagaimana sistem itu berfungsi kerana orang awam langsung tak berpeluang membida nombor pendaftaran idaman mereka meskipun sudah menunggu lama
Tetapi sebaliknya berlaku apabila scalper dapat tembus ‘talian’ dan membeli kesemua nombor yang dibida.
Scalper ini kemudian menjual kembali nombor pendaftaran dengan harga yang tak masuk akal kepada pemilik kenderaan yang lain.
Aku tak faham sistem hangpa ni terlampau jahanam. Minta maaf kepada Pengarah JPJ yang dihormati yang disayangi tetapi sistem hangpa betul-betul sampah tahi kucing punya.
Pelakon berusia 38 tahun ini turut mempersoalkan berapa ramai sebenarnya orang awam yang dapat membida, majoriti yang menang besar adalah bangsa ‘scalper’.
Dia meluahkan rasa bengang apabila scalper dengan selamba menjual kembali nombor di Facebook.
DM me to buy. Buat apa buka bid kalau nak bagi depa ni saja yang menang? 10 malam hang tutup bid, pukul 9 dah jammed. Orang dah bid dari 3 hari, last sekali pukul 9 jammed. Scalper ni la buat jammed. Depa pakai PC, buka banyak-banyak last sekali hang tak boleh masuk sistem.
Sharnaaz mahu pihak JPJ mencipta sistem yang membolehkan rakyat Malaysia membida dengan adil termasuklah menghapuskan scalper ‘cekik darah’.
Video penuh:
Sharnaaz Ahmad Tegur Sistem JPJeBid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Atau Syahir Yang Menipu?
- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Zahirkan Kebimbangan Ke Atas Integriti & Kredibiliti Badan Kehakiman
- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedang ‘mensucikan’ Mahathir?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Pakar Mula Persoalkan Keikhlasan Pemimpin UMNO Untuk Bebaskan Najib