14 terbunuh, pesawat terhempas
14 terbunuh, pesawat terhempas

Rio de Janeiro: Seramai 14 terbunuh pada Sabtu apabila sebuah pesawat terhempas di Amazon Brazil di bandar utara Barcelos, sebuah lokasi pelancongan yang popular, kata gabenor negeri.
Dua belas penumpang dan dua anak kapal terbunuh dalam kemalangan itu, kata Gabenor Wilson Lima di laman X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter.
Laporan media Brazil menyatakan tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.
Setakat ini, pegawai negeri belum memberikan maklumat lanjut berhubung insiden itu.
Laman berita G1 berkata pesawat itu adalah EMB-110 18 penumpang, turbo prop enjin berkembar yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Brazil, Embraer.
Dilaporkan, pesawat itu dalam perjalanan dari ibu negeri, Manaus, ke Barcelos, kira-kira 90 minit penerbangan.
Terletak di Rio Negro, anak sungai Amazon, ia bersempadan dengan beberapa taman negara dan kawasan perlindungan lain.
Laman berita UOL berkata penumpang adalah warga Brazil yang melakukan perjalanan ke daerah ini untuk memancing, memetik Setiausaha Keselamatan Negara Vinicius Almeida.
14 terbunuh, pesawat terhempas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Memo IPIC bocor, Pendakwaraya jawap “No Komen”
- Hadi Awang Menipu Lagi
- Isham Jalil Hanya Berani Mengacah Dari Luar Gelanggang
- Amaran Terakhir Polis Kepada Penganjur Himpunan Selamatkan Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :