Cari ‘kembar’ selepas 12 kali gagal ujian teori memandu

Cari ‘kembar’ selepas 12 kali gagal ujian teori memandu

Cari 'kembar' selepas 12 kali gagal ujian teori memandu
GAMBAR hiasan

Brussels: Lelaki warga Ghana di Belgium yang sudah 12 kali gagal dalam ujian teori memandu sanggup mengupah individu mempunyai wajah seiras dengannya untuk menduduki pemeriksaan bagi menggantikannya.

Oddity Central melaporkan, ia selepas Serge yang menetap di Grammont, Belgium, berdepan kesulitan untuk lulus peperiksaan lesen memandunya selama lebih setahun.

Lelaki itu memperoleh lesen di negara asalnya, tetapi tidak dapat menggunakannya untuk memandu kereta di Belgium kerana belum melepasi ujian teori.



Serge sudah cuba menduduki ujian namun gagal sebanyak 12 kali.

Jadi, dia memutuskan untuk menggunakan taktik kotor dengan mencari individu yang mempunyai wajah seiras dengannya untuk menduduki ujian bagi pihaknya.

Kebetulan, Serge bertemu Julien, lelaki dari Congo, yang bukan sahaja mempunyai wajah seiras dengannya namun ada lesen memandu Belgium.

Kedua-duanya bersetuju mengambil ujian di Mons, di wilayah Wallonia, Belgium, kerana menyangka lebih baik kerana pemeriksa di wilayah berbahasa Perancis dianggap lebih mudah berbanding di Flanders.



Malangnya, percaturan mereka silap kerana sebaik Julien memberikan kad pengenalan Serge kepada salah seorang pemeriksa di bilik peperiksaan, dia sedar dirinya berdepan masalah.

Daripada hanya melihatnya, pemeriksa itu memerhatikan Julien dengan teliti dan melihat perbezaan wajah antara dia dan Serge.

Kedua-dua lelaki itu akhirnya ditahan sebelum dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini.

“Tanpa kewaspadaan, individu ini (pemeriksa) akan menerima lesen memandunya, walaupun dia tidak mampu memandu di jalan raya kami,” kata seorang pendakwa mengenai Serge di mahkamah.



Lelaki Ghana itu didakwa melakukan penipuan identiti walaupun menggunakan kad pengenalan sebenar.

Pendakwa raya menjelaskan sebaik sahaja kad pengenalannya diserahkan kepada defendan bersama untuk kepentingan Serge, ia secara teknikalnya menjadi palsu.

Cari ‘kembar’ selepas 12 kali gagal ujian teori memandu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button