Pelajar kena pukul di sekolah buat laporan polis

Pelajar kena pukul di sekolah buat laporan polis

Pelajar kena pukul di sekolah buat laporan polis
– Foto hiasan

KUALA NERUS: Polis menerima laporan membabitkan seorang pelajar Tingkatan Satu yang dipercayai dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah di daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat dan punca yang menyebabkan mangsa dipukul juga masih dalam siasatan.

“Berdasarkan laporan, mangsa mendakwa didatangi tiga pelajar yang mencari rakan mangsa, mangsa memberitahu tidak tahu, selain meminta mereka tidak memukul dalam kawasan sekolah.



“Bagaimanapun, suspek bertindak memukul mangsa dengan menendang muka dan badan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, guru yang menyedari kejadian yang berlaku dalam kawasan sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, membawa mangsa mendapatkan rawatan di hospital.

Semalam, media melaporkan tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pelajar dipukul dan dipijak sekumpulan pelajar lain hingga sesak nafas.

Kejadian dikatakan berlaku Khamis lalu membabitkan pelajar Tingkatan Satu dipukul pelajar Tingkatan Dua sekolah sama.



Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) turut mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pelajar kena pukul di sekolah buat laporan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button