‘Pelanggan kedai tergamak cederakan tangan saya hingga jari hampir putus’

‘Pelanggan kedai tergamak cederakan tangan saya hingga jari hampir putus’

'Pelanggan kedai tergamak cederakan tangan saya hingga jari hampir putus'
Ahmad Fathul menunjukkan kecederaan tangan kanannya dalam kejadian cubaan samun pada Rabu minggu. NSTP/HAZIRA AHMAD ZAIDI.

KOTA BHARU: “Saya tidak menyangka pelanggan yang sebelum ini pernah datang ke kedai, tergamak mencederakan tangan saya sehingga jari hampir putus,” kata Ahmad Fathul Aslam Nasharudin, 19.

Ahmad Fathul Aslam berkata, dalam kejadian pada 2.30 petang Rabu lalu, dia yang ketika itu berada berseorangan dalam kedainya didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dan meminta wang.

Katanya, dia yang kemudian bangun dari atas kerusi dan berpura-pura hendak pergi mengambil wang, cuba merampas pisau yang berada di tangan lelaki berkenaan.



“Pada waktu itu, saya hanya bertawakal kerana sudah nekad tidak akan menyerahkan wang kepada lelaki itu.

“Namun, saya cedera pada celah ibu jari tangan kanan sehingga putus urat dan tulang kerana pisau yang cuba dirampas itu direntap lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bawah Lembah, Bunut Payung, di sini, hari ini.

Ahmad Fathul berkata, akibat panik, lelaki itu melarikan diri meninggalkan kedai dan menuju ke arah rakannya yang sedang menunggu di atas motosikal.

“Ketika itu, dalam keadaan berlumuran darah saya menjerit meminta tolong, namun lelaki berkenaan sudah melarikan diri bersama rakannya,” katanya



Anak ketiga daripada sembilan beradik itu berkata, akibat kecederaan dialami, dia perlu menjalani pembedahan menyambung kembali urat tangan dan tulang yang patah.

“Selama tiga hari saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut kes itu masih dijalankan dan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.



‘Pelanggan kedai tergamak cederakan tangan saya hingga jari hampir putus’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

4 negeri PAS  buat persiapan sambut “Imam Mahathir”

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button