Piala Cabaran: Sonny selamatkan Penang FC dari dibolosi Harini FT

Piala Cabaran: Sonny selamatkan Penang FC dari dibolosi Harini FT

Piala Cabaran: Sonny selamatkan Penang FC dari dibolosi Harini FT
Norshahrul (tengah) cuba melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Penang FC dalam aksi pertama suku akhir Piala Cabaran 2023 di Stadium Bandaraya, malam ini. Gambar: FB Harini FT

JARINGAN kemenangan pada masa kecederaan oleh ayam tambatan Penang FC, Sonny Saad berjaya menyelamatkan maruah Penang FC daripada dimalukan oleh kelab Liga M3, Harini FT dalam aksi pertama saingan suku akhir Piala Cabaran 2023 di Stadium Bandaraya, malam ini.

Terdahulu, kelab amatur yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, P. Maniam itu hampir mencipta kejutan selepas memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-83 menerusi pemain gantian mereka, Fikri Shah.

Bagaimanapun, tuan rumah hanya memerlukan masa seminit untuk menyamakan kedudukan hasil sentuhan pemain tengah, Hadin Azman.



Ketika aksi dilihat hampir berkesudahan dengan keputusan seri, Sonny muncul wira tuan rumah apabila memanfaatkan ruang terbuka dalam kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Dalam pada itu, aksi suku akhir kedua untuk saingan Piala Cabaran 2023 antara kedua-dua pasukan itu dijangka berlangsung di Paroi, Negeri Sembilan pada 5 Oktober depan. -KOSMO! ONLINE

Piala Cabaran: Sonny selamatkan Penang FC dari dibolosi Harini FT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button