‘Tolong aku, …sakit sangat ni’

‘Tolong aku, …sakit sangat ni’

'Tolong aku, ...sakit sangat ni'
Ismail ketika menerima rawatan di HSNI selepas menjalani pembedahan memotong tangan kanan. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: “Tolong aku, …sakit sangat ni.” Itu jeritan lelaki warga emas selepas tangan kanannya digilis lori dalam kemalangan di Jalan Tongkang Pechah berdekatan sebuah klinik kesihatan, semalam.

Kemalangan jam 9 pagi menyebabkan tangan kanan Ismail Selamat, 69, gagal diselamatkan dan terpaksa dipotong selepas hancur digilir lori.

Bagaimanapun keluarga mangsa terkilan selepas pemandu lori terbabit dikatakan beredar sejurus kemalangan berlaku.



Anak mangsa, Mohd Zakie Ismail, 40, berkata sebelum kejadian bapanya berseorangan menunggang motosikal dari rumah di Parit Bilal untuk ke sebuah pasar raya.

“…apabila mendapat tahu tangan kanan ayah hancur, saya terdiam,” katanya di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Mohd Zakie berkata, bapanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bermula 7 malam hingga 1 pagi tadi.

“Pembedahan mengambil masa agak lama kerana ayah banyak kehilangan darah. Masa nak turun tandatangan saya tak sampai hati tetapi demi menyelamatkan nyawa ayah, kami terpaksa.



“Ayah bernasib baik kerana ada seorang anggota bomba melalui kawasan itu segera memberi bantuan hantar ke hospital.

“Jika terlambat kemungkinan tangan ayah akan dipotong sehingga paras bahu. Daripada rakaman dashcam (kamera pemuka) kami terima, lori yang menggilis tangan ayah sedang membawa muatan.

“Ada saksi beritahu, pemandu turun tetapi masuk semula ke dalam lori dan terus beredar. Saya bimbang kerana ayah menghidap penyakit buah pinggang dan pembedahan itu boleh menjejaskan kesihatannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang semalam.



Polis juga mengesahkan pemandu lori terbabit juga membuat laporan polis pagi ini.

‘Tolong aku, …sakit sangat ni’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button