Abang ipar dari ‘neraka’

Abang ipar dari ‘neraka’

Abang ipar dari 'neraka'
– Foto hiasan

IPOH: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun minggu lalu.

Tertuduh berusia 22 tahun itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu merogol mangsa yang ketika kejadian berumur 11 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Taman Bersatu, di sini kira-kira jam 11 malam 16 September lalu.



Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu turut dibaca bersama Seksyen 16 Akta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan (ASP) Rhozariah Mohd, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Mengikut laporan, tertuduh yang juga bapa kepada seorang anak, memanggil mangsa di ruang tamu rumah dan meminta bantuan mangsa untuk mengorek telinga sebelum tiba-tiba menarik mangsa naik ke bilik lalu merogol mangsa.



Abang ipar dari ‘neraka’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button