Geng curi kabel naik BMW tumpas

Geng curi kabel naik BMW tumpas

Geng curi kabel naik BMW tumpas
Kereta BMW dinaiki dua suspek curi kabel terbabas merempuh tembok bangunan KEMAS Daerah Jasin di Serkam, Merlimau pagi semalam. – Foto IPD Jasin

JASIN: Geng curi kabel rentas negeri yang menggunakan kereta mewah tumpas apabila empat ahlinya termasuk seorang wanita ditahan di daerah ini, pagi semalam.

Kegiatan semua suspek berasal dari Kajang, Selangor itu mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Merlimau, dekat sini, dikesan sepasukan polis tugas ronda cegah jenayah dari Balai Polis Merlimau kira-kira jam 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, anggota polis terbabit mulanya mendapati kabel (TM) dipotong di tepi jalan T/l TNB di Serkam, Merlimau.



“Sebaik menghubungi juruteknik TM untuk pengesahan kabel yang cuba dicuri, polis dimaklumkan kabel berkenaan adalah milik (TM) Tech iaitu talian bawah tanah sepanjang kira-kira 175 meter.

“Bertindak atas maklumat itu, polis melakukan pemantauan sebelum terserempak dua kereta termasuk BMW dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan kejadian,” katanya dihubungi di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid




Beliau berkata, pasukan peronda kemudian mengejar dua kenderaan suspek yang memecut laju sebelum BMW itu terbabas merempuh tembok bangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), manakala sebuah lagi kereta berjaya meloloskan diri.

“Susulan kejadian itu, polis dari IPD Jasin yang melakukan siasatan lanjut berjaya menahan dua lelaki di Serkam, manakala dua lagi suspek termasuk wanita ditahan di Kajang, Selangor pada hari sama.

“Semakan mendapati semua suspek berusia 23 tahun hingga 33 tahun itu turut memiliki rekod lampau jenayah serta dadah dan direman empat hari bermula hari ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Farkhan Zainal di talian 013-9003070 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.



Geng curi kabel naik BMW tumpas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button