Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah
Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah
KUALA LUMPUR – Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) kembali menganjurkan Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s (P7s) edisi 2023 selepas kali terakhir diadakan pada tiga tahun lalu.
Kejohanan P7s yang dianjurkan buat kali ke-11 bakal berlangsung selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober di MCKK, Kuala Kangsar
Kejohanan yang pastinya menarik ramai peminat ragbi itu bakal menyaksikan saingan sengit dengan kehadiran pasukan antarabangsa seperti Jepun dan Indonesia bagi merebut mahkota kejuaraan MCKK P7s, yang dianjurkan buat kali kali ke-11.
Saingan tiga hari itu bakal menyaksikan kehadiran semula juara edisi terdahulu seperti Maktab Sultan Abu Bakar (EC) Johor Bahru, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), serta tuan rumah, MCKK.
Sudah pasti, kehadiran pasukan seperti Maktab Tentera Diraja (MTD), SMK Victoria (VI) Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) Putrajaya tidak boleh dipandang remeh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MP Putrajaya Yang Mudah Lupa
- PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN
- MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!
Pada edisi 2020, EC dari Johor Bahru muncul juara buat kali pertama selepas menewaskan SSTMI dengan keputusan dramatik 15-12 dalam aksi final.
Kemenangan bergaya EC membolehkan pasukan itu menjulang trofi berprestij, NJ Ryan buat pertama kali sejak kejohanan ragbi peringkat remaja itu diperkenalkan pada edisi 2011.
Kejohanan MCKK P7s ini dianjurkan sebagai pemangkin peningkatan mutu dan tahap permainan sukan ragbi di peringkat sekolah selain memupuk minat generasi muda terhadap sukan ragbi. – KOSMO! ONLINE
Kejohanan Ragbi MCKK P7s dijangka meriah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?