Lelaki terjatuh ketika tukar siling meninggal dunia

Lelaki terjatuh ketika tukar siling meninggal dunia

Lelaki terjatuh ketika tukar siling meninggal dunia
Foto hiasan

KEPALA BATAS: Seorang lelaki yang dikejarkan ke hospital selepas terjatuh pada ketinggian 4.57 meter (m) ketika menjalankan kerja-kerja menukar siling sebuah institusi kemahiran, di sini, pada 12 September lalu meninggal dunia semalam.

Dalam insiden kira-kira jam 5 petang itu, mangsa bersama dua pekerja lain sedang menukar siling berhadapan pentas dewan berkenaan sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKPP) Pulau Pinang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya ke lokasi kejadian sebaik mendapat panggilan berhubung insiden itu.



“Berdasarkan siasatan awal, mangsa adalah warga tempatan berusia 48 tahun yang juga pekerja sub kontraktor dilantik untuk melakukan tugas senggaraan dan pembaikan di institusi berkenaan.

“Sebelum kejadian, mangsa bersama dua pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja menukar siling berhadapan pentas di dewan institusi terbabit sebelum terjatuh dari ketinggian 15 kaki (4.57m).

“Ekoran itu, mangsa tidak sedarkan diri berikutan kecederaan dialaminya dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid



“Susulan kejadian itu, JKKP mengeluarkan satu notis larangan terhadap kontraktor terbabit bagi menjalankan kerja-kerja di tempat tinggi sehingga langkah sewajarnya diambil.

“Pada masa sama, JKKP negeri juga akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.



“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja yang mana mereka bertanggungjawab untuk mengenalpasti terlebih dahulu bahaya di tempt kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan,” katanya.

Tegasnya, kejadian seumpama itu boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko komprehensif mengikut kaedah dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Lelaki terjatuh ketika tukar siling meninggal dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button