Pemuda maut, empat rakan cedera kereta terbabas turun dari Genting Highlands
Pemuda maut, empat rakan cedera kereta terbabas turun dari Genting Highlands

GOMBAK: Seorang maut, manakala empat lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Genting Highland-Genting Sempah di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.40 pagi.
“Anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebuah Proton Saga FLX dinaiki lima lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an terlibat kemalangan.
“Tiga mangsa mengalami cedera ringan dan seorang parah di bahagian kaki kiri manakala seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Yakesh Sarawanan, manakala mangsa-mangsa lain dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pemuda maut, empat rakan cedera kereta terbabas turun dari Genting Highlands
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :