Bot terbalik, pemancing dikhuatiri lemas

Bot terbalik, pemancing dikhuatiri lemas

Bot terbalik, pemancing dikhuatiri lemas
Operasi mencari dan menyelamat seorang pemancing dikhuatiri lemas ketika memancing udang di Sungai Besut berhampiran pintu kunci air Tok Gong, Kampung Amir, Jertih. – Foto NSTP/Nurul Fatihah Sulaini

JERTIH: Seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama rakan terbalik ketika memancing udang di Sungai Besut berhampiran pintu kunci air Tok Gong, Kampung Amir, di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa dikenali sebagai Hussin Jusoh, 46, dari Kampung Telaga Papan, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Katanya, pengadu, Mohd Faizol Ya, 35, memaklumkan dia bersama mangsa menaiki bot gentian kaca dan meletakkan bot di tepi jeti, Kampung Amir berhampiran pintu gate Tok Gong kira-kira jam 1 pagi tadi.



“Ketika mereka memancing tiba-tiba bot yang dinaiki hanyut dan tersangkut di kayu sebelum bot berkenaan terbalik.

“Pengadu sempat berenang ke tepi sungai tetapi mangsa dibawa arus dan pengadu gagal menyelamatkan rakannya itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




Rozak berkata operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 8 pagi disertai tiga pegawai serta 28 anggota penyelamat daripada polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button