SC sasar hingga 40 IPO baharu tahun ini
SC sasar hingga 40 IPO baharu tahun ini
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata SC juga sedang berusaha untuk mempercepatkan proses IPO terbabit dan mengurangkan tempoh ke pasaran bagi memastikan kelangsungan daya saing dan tarikan negara ini.
“Malaysia akan memudahkan lagi (usaha) syarikat-syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dan menarik lebih banyak pelabur,” katanya pada sesi panel bertajuk ‘Ketahanan Makro dan Pandangan Pasaran’ di acara Invest Malaysia New York di bandar raya Amerika Syarikat itu pada 21 September 2023.
Ketika berkongsi mesej jelas kepada hadirin yang juga pengurus dana asing, Awang Adek menegaskan bahawa pasaran modal Malaysia kekal teguh dengan jumlah dana dikumpulkan mencapai paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu RM179.4 bilion (US$40.8 bilion) pada 2022 walaupun menghadapi cabaran global.
Malah, katanya, jumlah dana dikumpulkan dalam pasaran ekuiti dan bon korporat mencapai RM58.9 bilion (US$13.1 bilion) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?
“Ini menunjukkan bahawa pasaran ekuiti dan bon tetap menjadi sumber pembiayaan yang penting untuk sektor swasta,” katanya.
Pada masa sama, Awang Adek berkata Malaysia juga sedang mengambil langkah-langkah untuk memacu kerancakan pasaran serta akses pelabur kepada pasaran modal negara, termasuk pemindahan automatik syarikat senaraian awam (PLC) yang layak daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.
Langkah lain termasuk pengurangan duti setem, membolehkan perdagangan bahagian saham oleh pelabur melalui broker saham dan memperkenalkan rangka kerja Skim Pengecualian Asing, kata beliau.
“Pelbagai perancangan juga sedang dijalankan untuk memudahkan dan menarik penubuhan pejabat keluarga di Malaysia, memperluaskan definisi pelabur berpengetahuan luas untuk merangkumi pelabur mangkin dan mengurangkan saiz lot niaga bagi perdagangan saham di Bursa Malaysia,” katanya.
Sambil menekankan bahawa asas-asas pasaran masih kukuh, Awang Adek berkata Malaysia mempunyai tawaran nilai yang kuat bagi syarikat asing dengan infrastruktur kukuh serta bakat tempatan yang berkualiti.
“Kecairan dalam negara kekal kukuh dengan penyertaan runcit tempatan dan asing yang sihat sepanjang pandemik COVID-19,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MP Putrajaya Yang Mudah Lupa
- PPBM Semakin Di Singkirkan PAS, Apa Masa Hadapan PN
- MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!
Selain itu, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih pada 2022 yang juga kali pertama sejak 2017 dan menjadi pembeli bersih di pasaran bon pada sehingga kini dengan mencatatkan aliran masuk sebanyak RM27.4 bilion (US$6.1 bilion) pada Ogos 2023.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap tama pada forum Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia.
Forum itu dihadiri oleh 200 wakil komuniti kewangan dan pelaburan termasuk pelabur pendapatan asing tetap, ekuiti dan ekuiti swasta dengan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) berjumlah lebih US$40 trilion (RM188 trilion).
Hadir sama adalah Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.
SC sasar hingga 40 IPO baharu tahun ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah UMNO Sekadar Insuran Kepada Jawatan Anwar?
- Kos sara hidup naik, rakyat mula kenang zaman Najib Razak
- ‘Tidur’ selama 22 tahun, kini Mahathir mahu bantu 4 negeri Melayu
- Kembalikan GST – Najib Razak telah bertindak betul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :