Remaja hilang ditarik ombak selepas selamatkan mangsa lain
Remaja hilang ditarik ombak selepas selamatkan mangsa lain
LUMUT: Seorang remaja hilang ketika cuba menyelamatkan seorang lagi pengunjung yang hampir lemas di Pantai Teluk Senangin, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikenali sebagai Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, dilaporkan hilang akibat ditarik ombak selepas berjaya menyelamatkan seorang pengunjung lelaki.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perak dalam kenyataan, berkata seorang pegawai serta empat anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.02 pagi tadi.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan dengan bantuan agensi bomba dan polis serta pertolongan empat bot nelayan.
“Mangsa masih belum dijumpai dan Ops Carilamat tergendala atas faktor cuaca dan keadaan ombak.
“Bagaimanapun, komuniti nelayan sedang meneruskan pencarian dengan teknik lintang pukat,” katanya.
Remaja hilang ditarik ombak selepas selamatkan mangsa lain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dasar Luar Negara Anwar Yang Membingungkan
- Hanya Lawan PAS Haram, Yang Lain Semua Halal
- Pelangai,antara politik kebajikan dan ‘air liur’, pilihan pengundi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :