Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
KARAK – Masih ada peluang, demikian kata-kata pasukan berbasikal kebangsaan yang optimis untuk memburu memburu satu lagi kejayaan terutama melakar satu kemenangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang hanya berbaki tiga peringkat perlumbaan.
Skuad kendalian Mohd. Yusof Nasir berkata, perjuangan barisan pelumbanya masih belum berakhir biarpun telah pun mencapai sasaran apabila menyambar Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia menerusi Muhammad Nur Aiman Rosli ketika Peringkat 3 dari Jeli ke Baling pada Isnin lalu.
Sebelum itu, pasukan kebangsaan Malaysia turut melakar sejarah apabila muncul sebagai pasukan terbaik keseluruhan dan Asia pada Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu.
Justeru, Yusof berkata, pasukannya akan merangka strategi lebih ampuh pada perlumbaan edisi ke-27 itu yang bakal menutup tirai secara rasmi pada Sabtu ini di Menara Berkembar Petronas (KLCC).
“Kami sudah mencapai sasaran (memenangi Jersi Putih pada Peringkat 3), tetapi saya belum berpuas hati dengan pencapaian pasukan setakat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
- Kisah Malang Putera Gunung Ledang
- Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
“Kami memang letak sasaran untuk memenangi peringkat perlumbaan. Jadi dalam baki tiga peringkat lagi, kami akan cuba melakukan yang terbaik bagi mencapai sasaran itu,” katanya.
Skuad kebangsaan akan memulakan pertempuran mereka hari ini dengan cuba memberikan terbaik untuk berada di pentas podium pada Perlumbaan Peringkat 6 yang berlangsung hari ini dari Karak ke Melaka.
Perlumbaan tersebut akan melibatkan perjalanan sejauh 174.5 kilometer (km) dengan membabitkan tiga zon pecutan di Pelangai, Batu Kikir dan Kuala Pilah selain dua zon pendakian di Gapoi dan Luak Inas. KOSMO! ONLINE
Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :