Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023

Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023

Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
PEMINAT berbasikal teruja memberi sokongan kepada pelumba kebangsaan yang melakukan kayuhan mendaki Genting Highlands pada Peringkat 5 LTdL 2023 dari Slim River ke Genting Highlands sejauh 126.4 kilometer semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID

KARAK – Masih ada peluang, demikian kata-kata pasukan berbasikal kebangsaan yang optimis untuk memburu memburu satu lagi kejayaan terutama melakar satu kemenangan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 yang hanya berbaki tiga peringkat perlumbaan.

Skuad kendalian Mohd. Yusof Nasir berkata, perjuangan barisan pelumbanya masih belum berakhir biarpun telah pun mencapai sasaran apabila menyambar Jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia menerusi Muhammad Nur Aiman Rosli ketika Peringkat 3 dari Jeli ke Baling pada Isnin lalu.

Sebelum itu, pasukan kebangsaan Malaysia turut melakar sejarah apabila muncul sebagai pasukan terbaik keseluruhan dan Asia pada Peringkat 1 dari Kerteh ke Kuala Terengganu.



Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
PEMINAT berbasikal memberi sokongan kepada pelumba kebangsaan sewaktu melakukan di Genting Highlands pada Peringkat 5 LTdL 2023 dari Slim River ke Genting Highlands sejauh 126.4 kilometer semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID

Justeru, Yusof berkata, pasukannya akan merangka strategi lebih ampuh pada perlumbaan edisi ke-27 itu yang bakal menutup tirai secara rasmi pada Sabtu ini di Menara Berkembar Petronas (KLCC).

“Kami sudah mencapai sasaran (memenangi Jersi Putih pada Peringkat 3), tetapi saya belum berpuas hati dengan pencapaian pasukan setakat ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO




“Kami memang letak sasaran untuk memenangi peringkat perlumbaan. Jadi dalam baki tiga peringkat lagi, kami akan cuba melakukan yang terbaik bagi mencapai sasaran itu,” katanya.

Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023
REAKSI Pelumba Skuad Kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli selepas perlumbaan Peringkat 4 dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang menuju ke Meru Raya, Perak .

Skuad kebangsaan akan memulakan pertempuran mereka hari ini dengan cuba memberikan terbaik untuk berada di pentas podium pada Perlumbaan Peringkat 6 yang berlangsung hari ini dari Karak ke Melaka.

Perlumbaan tersebut akan melibatkan perjalanan sejauh 174.5 kilometer (km) dengan membabitkan tiga zon pecutan di Pelangai, Batu Kikir dan Kuala Pilah selain dua zon pendakian di Gapoi dan Luak Inas. KOSMO! ONLINE

Malaysia congak strategi buru podium LTdL 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button