13 warga asing ditahan kes penjual buah maut ditikam di OUG

13 warga asing ditahan kes penjual buah maut ditikam di OUG

13 warga asing ditahan kes penjual buah maut ditikam di OUG
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga belas warga asing ditahan susulan kes penjual buah yang maut ditikam di hadapan sebuah rumah di Taman OUG, di sini, kelmarin.

Semua suspek berusia antara 22 hingga 52 tahun termasuk dalang kes itu ditahan dalam serbuan jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, bertindak atas maklumat tangkapan awal, polis menahan suspek utama dan membuat rampasan beberapa barang kes.



“Polis menahan semua suspek dalam tempoh 48 jam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Terdahulu media melaporkan penjual buah berusia 80 tahun maut ditikam di beberapa bahagian badan dan muka di hadapan rumah dua tingkat sekitar Taman OUG, di sini, Selasa lalu.

Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan MERS 999 jam 7.40 petang dan menahan empat suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 29 hingga 52 tahun.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua suspek direman sehingga 4 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



13 warga asing ditahan kes penjual buah maut ditikam di OUG


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading