TMG Ventures Dan Les’ Copaque Productions Berganding Bahu Wujudkan Restoran Bertema Upin-Ipin
TMG Ventures Dan Les’ Copaque Productions Berganding Bahu Wujudkan Restoran Bertema Upin-Ipin
Dalam kolaborasi sulung yang menyatukan inovasi kulinari dengan harta intelek Malaysia yang ikonik, TMG Ventures berbangga mengumumkan kerjasamanya dengan Les’ Copaque Productions untuk menghidupkan jenama ikonik ‘Upin & Ipin’ menerusi pengalaman restoran bertema yang cukup menarik.
Memiliki Pelbagai Jenama F&B
TMG Ventures (“TMG”) memiliki pelbagai jenama F&B di seluruh Lembah Klang termasuklah restoran utamanya, The Majapahit Restaurant di Mont Kiara yang menyajikan masakan Asia Tenggara yang inovatif dengan penyediaan yang teliti.
Jenama lain yang diwujudkan oleh TMGV termasuklah jenama nasi padang, Warung Padang; pakar penyet Indonesia, Penyet Jakarta; dan restoran makanan segera kasual Asia Tenggara iaitu Gajah Mada dan Rasa Nusantara.
Kumpulan syarikat ini juga telah memperoleh beberapa jenama barat seperti Mikey’s Original New York Pizza, NY Burger Co. dan Tail & Fin yang ditubuhkan di Las Vegas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3
- Kisah Malang Putera Gunung Ledang
- Tindakan Bijak Tetapi Kurang Berhemah Dr Akmal
Apa Yang PAS Tak Mampu Lakukan Waktu Bersama DAP Sebagaimana UMNO
Meraikan Jenama Ikonik Malaysia
Kerjasama ini bukan sahaja meraikan jenama ikonik Malaysia tetapi ia juga akan mewujudkan destinasi menjamu selera yang unik untuk peminat Upin & Ipin, penggemar makanan (kaki makan), dan keluarga.
Les’ Copaque Productions, syarikat berwawasan di sebalik siri animasi Upin & Ipin yang cukup menarik, berbangga dengan legasinya menghasilkan animasi 3D terbaik yang menawan dunia.
Sepanjang 16 tahun lalu dan menerusi 17 musim, pasangan kembar comel – Upin & Ipin – telah mencuri hati penonton dengan kenaifan dan kelucuan mereka serta pengajaran hidup yang sangat bermakna.
Daya Tarikan Yang Hebat Di Peringkat Antarabangsa
Walaupun jumlah penonton tempatan ‘Upin & Ipin’ di Malaysia cukup ramai, tetapi popularitinya di Indonesia menyerlahkan lagi daya tarikannya apabila siri ini disiarkan di saluran nasional, MNCTV Indonesia, selama 5 jam sehari.
Selain itu, rancangan itu juga telah disiarkan di Singapura, Vietnam, Thailand, India bahkan di Kanada.
Memandangkan daya tarikannya yang hebat di peringkat antarabangsa, maka sebahagian daripada rancangan utama untuk konsep restoran ini merangkumi pengembangannya ke pasaran asing.
Perbincangan bersama pemilik premis di Lembah Klang untuk mewujudkan restoran bertema ‘Upin & Ipin’ yang pertama akan membuka ruang yang menyatukan hiburan dan destinasi menjamu selera bagi membolehkan keluarga, penggemar, dan peminatnya menikmati pelbagai hidangan antarabangsa sambil merasai suasana dunia ‘Upin & Ipin’.
Sajian yang akan tertera pada menu adalah buah tangan yang lahir daripada kerjasama kreatif antara pasukan F&B TMG Ventures yang berpengalaman dan Les’ Copaque Productions.
TMG Ventures Dan Les’ Copaque Productions Berganding Bahu Wujudkan Restoran Bertema Upin-Ipin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :