Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’

Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’

Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’
Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’

Perjalanan seninya bermula ketika menjadi salah satu peserta program realiti popular terbitan Astro iaitu Akademi Fantasia musim ke-13  pada 2016, kemudian nasib menyebelahinya pada tahun 2019 apabila dinobatkan sebagai Naib Juara di pertandingan berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 menerusi lagu ‘Bunga’, dan dari situ, bintang bernama Ara Johari mula bersinar.

Buat ‘Comeback’ Untuk Peminat

Kini, setelah hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana single, Ara membuat ‘comeback’ yang ditunggu-tunggu melalui lagu terbaharunya berjudul ‘SUDAH’.



Lagu ini hasil ciptaan komposer terkenal, Hang Nadim serta Laq, dan liriknya ditulis oleh Bulan Penuh, manakala diterbitkan oleh label terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment.

Wujud Sejak 2019

via Joeprc Publicist

Menurut Ara, lagu ini sudah pun wujud sejak 2019 lagi dan hanya berada dalam simpanan, dan kini sudah sampai masanya lagu ini dikeluarkan, jadi dan mereka putuskan untuk lancarkannya pada tahun ini juga.

SUDAH merupakan single bergenre balada rock dengan ‘vibe’ lagu-lagu di era 90-an yang ‘hits’, sama seperti single Bunga yang pernah fenomena suatu ketika dahulu.

Mengisahkan Perhubungan Dua Insan

via Joeprc Publicist

,Jalan cerita lagu ini mengisahkan tentang sebuah perhubungan yang dibina bertahun lamanya, banyak dugaan yang dihadapi bersama, tetapi apabila hanya sebelah pihak sahaja yang setia dan tidak sebaliknya, walaupun setelah banyak peluang telah diberikan demi mempertahankan hubungan tersebut, namun akhirnya dikhianati juga.



Lagu ‘SUDAH’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian pilihan utama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala lirik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Ara Johari Buat ‘Comeback’ Dengan Single Terbaharu Berjudul ‘SUDAH’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading