Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri

Takkan Artis Pakai Kereta Proton Wira Lama

Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri

Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri
Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri

Hanya kerana memandu semula kereta model lama Proton Wira, pelakon Jasmin Hamid dicemuh segelintir netizen yang menganggapnya hidup dalam kesusahan.

Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.



“‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ Ini antara dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ya? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk?

“Saya okay saja pakai Wira lama, yang awak pula rasa alergik dah kenapa?” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

Bobob adalah gelaran untuk keretanya yang dikatakan terperuk di rumah tanpa digunakan sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara SendiriNamun baru-baru ini pelakon drama Hati Tanpa Cinta itu bersama suaminya, Nazmir Abd Rahman membaiki kenderaan yang dikatakan mempunyai nilai sentimental sebelum memandunya.



“Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value (nilai sentimental). Buat yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit, Bobob nak lalu ni,” luahnya lagi sambil berseloroh.

Terdahulu, menerusi hantaran dimuat naik, Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid dilihat gembira berkongsi cerita mengenai Bobob sambil ditemani suaminya yang bertindak sebagai pemandu.

Menurutnya lagi, kereta berwarna merah itu sudah pun dibaiki setelah sekian lama tidak bergerak dan tersadai kira-kira empat tahun.



Jasmin Hamid Akui Lebih Bahagia Hidup Dengan Cara Sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading