Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai

IPOH: Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, ditemukan dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli, berkata mayat dijumpai pada jam 3.40 petang dan tidak dapat dibawa keluar disebabkan faktor muka bumi yang memerlukan bantuan helikopter.



Beliau berkata, bantuan helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara dijangka tiba pagi ini untuk membawa keluar mayat itu.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Cameron Highlands. Satu sidang media akan diadakan selepas bedah siasat itu,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Azri menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu dan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan (DCC) menerusi talian 05-4915 999 atau mana-mana balai polis berhampiran, jika mempunyai sebarang maklumat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Beliau turut mengingatkan orang ramai tidak menularkan maklumat tidak sahih menerusi laman media sosial.

Terdahulu, Azri memaklumkan kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India, Nandan Suresh Nadkarni, 44, yang hilang sejak 22 September lalu ketika mendaki Gunung Jasar diperluas melepasi sempadan Perak, kelmarin.

Semalam adalah hari keenam misi pencarian itu membabitkan 101 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malim Gunung Cameron Highlands dan Radio Communication and Recreation Club.



Mangsa mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 September lalu dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 September.

Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 September, mangsa keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata.– BERNAMA

Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button