Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
Istanbul: Pelaku serangan pengganas yang digagalkan di Ankara, Turkiye pada Ahad, menggunakan kereta yang dicuri daripada orang awam, kata Kementerian Dalam Negeri.
Kementerian itu juga mengesahkan mengenai hubungan seorang penyerang yang maut dengan kumpulan pengganas PKK dan siasatan masih diteruskan terhadap pengganas lain.
Kenderaan yang digunakan dalam serangan itu didapati dicuri daripada seorang rakyat tempatan Mikail Bozlagan yang bekerja sebagai juruteknik kesihatan veterinar di Develi di wilayah tengah Kayseri.
Dia dibunuh oleh pengganas dan kenderaannya dicuri, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian.
Dalam kejadian serangan pengganas itu, dua pegawai polis cedera ringan apabila seorang daripada dua penyerang itu meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Keselamatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Hadi dan Muhyiddin, Mahathir akan bantu siapa?
- “Cari titik pertimbangan bijaksana, bukan berkasar” – Ti Lian Ker
- Pemilihan BERSATU, kem siapa akan menang?
“Dua pengganas yang tiba dengan kenderaan komersial ringan di hadapan pintu pagar Direktorat Keselamatan, melakukan serangan bom. Seorang pengganas meletupkan dirinya dan seorang lagi ditahan,” kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya di X.
Beliau berkata, kedua-dua pegawai polis itu sedang dirawat kerana kecederaan ringan.
Pendakwa raya Ankara sudah memulakan siasatan ke atas serangan itu.
Serangan di Ankara: Pengganas guna kereta curi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :