‘Allah ada, tak perlu risau dengan kekalahan hari ini’

Oleh – Syeikh Baran


‘Allah ada, tak perlu risau dengan kekalahan hari ini’
Wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1 juta akan tetap memperjuangkan haknya.

“Lawan tetap lawan.”

Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1 juta.



Ahli perniagaan yang sebelum ini membuat pengakuan menjadi rakan kongsi kepada ibu tunggal dua anak itu juga seakan-akan membayangkan ada sinar di hujung jalan.

Menerusi ruangan komen dalam hantaran gambar terbaru wanita terbabit, rata-rata netizen menyerangnya dengan kata-kata sindiran.

“Muka dah sopan tapi biar status cakap orang ambil dadah, bodoh sombong. Perbuatan tak seiring pakaian,” kata netizen lain.

Pada ruangan sama, masih ramai mempertahankan Nazatul Nazira yang dikatakan telah lama menjadi pengasas produk dan membantu ramai ahli perniagaan lain.



Semalam Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, menerusi peguamnya memaklumkan membuat tuntutan undang-undang terhadap wanita terbabit atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Selain ganti rugi sebanyak RM1 juta, antara gesaan tuntutan adalah permohonan maaf secara terbuka atas fitnah yang bertujuan menjatuhkan reputasi pelakon berkenaan.

Berdasarkan notis dikeluarkan, terdapat lima bukti kenyataan dimuat naik dalam Instagram iaitu menuduh Puteri Sarah mengambil dadah, menganggap diri rakan kongsi, menggelar pelakon itu bodoh sombong, menyara atau membela individu dipercayai bernama ‘Andy’ dan ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak memberikan maklum balas kepada Kosmo! Online sama ada individu terbabit sedia membuat permohonan maaf terbuka atau sebaliknya.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading