Dah tiga hari baru hendak turun

Oleh – Syeikh Baran


Dah tiga hari baru hendak turun
Tangkap layar video memujuk lelaki terbabit oleh pasukan penyelamat turut tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Seorang lelaki kurang siuman akhirnya berjaya dipujuk dan dibawa turun dalam keadaan selamat, hari ini selepas tiga hari berada di bumbung bangunan di Flat Sejati.

Lelaki berusia 39 tahun berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa turun dari atas bangunan dengan bantuan beberapa agensi keselamatan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, sebaik dibawa turun, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi keseluruhan ditamatkan pukul 2.08 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, usaha untuk memujuk lelaki dilakukan bersama pihak bomba, polis dan ahli keluarganya.

“Pasukan bomba turut berada di lokasi sepanjang tempoh terbabit bagi bersedia dengan sebarang kecemasan dan memastikan tiada bahaya berlaku sekiranya lelaki berkenaan bertindak di luar kawalan,” katanya.



Terdahulu, video memujuk lelaki terbabit oleh pasukan penyelamat turut tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading