Lebih sejam cari, rupanya mangsa jatuh longkang dah balik mandi
Lebih sejam cari, rupanya mangsa jatuh longkang dah balik mandi
KUALA LUMPUR: Pelik tetapi benar – itulah yang berlaku apabila seorang lelaki yang disangkakan terjatuh dan hilang dalam longkang kumbahan di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba ‘muncul’ di sebalik orang ramai ketika pasukan penyelamat sibuk melakukan pencarian.
Malah, lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun itu turut mengaku sudah pulang ke rumah selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran sebuah sekolah rendah itu dan mandi sebelum kembali ke lokasi kejadian.
Perkara itu dimaklumkan lelaki terbabit selepas lebih sejam pencarian dilakukan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kawasan loji dan kumbahan itu yang dikatakan sedalam 3.65 meter.
Pegawai APM Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu jam 5.51 petang sebelum 14 anggota bersama beberapa jentera dari APM Kuala Lumpur dan Gombak dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang mangsa terjatuh dalam longkang yang juga kawasan kumbahan sedalam 3.65 meter.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin
- PMX Anwar Ibrahim perlu pasukan Kabinet lebih jitu
“Ketika pencarian mangsa dilakukan lebih satu jam di dalam kawasan loji, seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun hadir di lokasi.
“Lelaki itu memaklumkan dia adalah mangsa yang terjatuh ke dalam longkang berkenaan semasa memotong rumput selepas terpijak zink yang menutup lubang kumbahan berkenaan.
“Mangsa memberitahu dia segera berpaut dengan mesin memotong rumput untuk memanjat naik sebelum segera balik ke rumah dan membersihkan diri,” katanya.
Ahmad Junaidi berkata, lelaki warga Myanmar itu tidak cedera dan susulan penjelasan itu, pihaknya menghentikan operasi pencarian jam 7.30 malam tadi.
Lebih sejam cari, rupanya mangsa jatuh longkang dah balik mandi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Muhyiddin ‘lantik’ Menteri Besar Pahang baru ganti Wan Rosdy
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :