FGV perkenal yogurt pertama di pasaran guna Ceri Acerola
FGV perkenal yogurt pertama di pasaran guna Ceri Acerola
FGV Holdings Berhad (FGV) memperkenalkan produk terbarunya, Yogurt Acerola di bawah jenama Bright Cow dalam usaha memperkukuhkan kedudukan di pasaran tenusu tempatan.
Ketua Pertanian Bersepadu FGV, Abd Razak Aya berkata, semua yogurt dihasilkan dari susu segar yang diperoleh dari ladang FGV terletak di Linggi, Negeri Sembilan.
“Melalui pendekatan dari ladang ke meja, kami menawarkan pelbagai produk seperti susu segar berkhasiat, yogurt berkrim, kefir segar, serta susu UHT. Pelancaran ini memperkukuh inisiatif FGV dalam usaha mendefinisikan semula peranan kami sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda produk makanan dan agri yang lestari untuk generasi akan datang.
“Kami komited untuk memainkan peranan penting dalam agenda keselamatan negara dengan menyediakan produk dengan harga yang berpatutan, berkualiti dan berkhasiat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya pada Majlis Perasmian Yogurt Acerola Bright Cow di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, Yogurt Acerola Bright Cow adalah yogurt pertama di Malaysia yang menggunakan Ceri Acerola, sejenis buah super tropika yang dikenali dengan kandungan vitamin C yang tinggi sebagai bahan utamanya. Ia didatangkan dalam dua perisa iaitu Kelapa Gula Melaka dan Nanas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
Menurutnya, antara tujuan FGV terbabit dalam perniagaan tenusu adalah sebagai komitmen untuk agenda keselamatan makanan negara.
“Kalau kita tengok keselamatan makanan dalam tenusu pun baru dalam 60 hingga 70 peratus. Jadi ini adalah komitmen kami untuk meningkatkan ‘Self Sufficiency Level’ (SSL) dalam negara selain membanyakkan produk berasaskan tenusu yang mana produk ini adalah hasil daripada susu tempatan.
“Dalam masa sama, FGV juga ada mengeluarkan makanan ternakan. Sebab itu kita sangat sinonim dalam perniagaan ini dan bukan baharu. Makanan ternakan ini dihasilkan daripada buangan sisa kelapa sawit dan diberi makan pada lembu. Insya-Allah, harga produk ini ditawarkan pada harga lebih murah. Ini juga membantu rakyat mendapatkan produk mampu milik, sihat dan segar,” katanya.
Pada majlis sama, Bright Cow turut mengumumkan duta jenama pertamanya untuk rangkaian yogurt iaitu jaguh trek berbasikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang.
FGV perkenal yogurt pertama di pasaran guna Ceri Acerola
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah
- Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :