Waspada skim penipuan pelaburan ‘XFox Mix Biz’
Waspada skim penipuan pelaburan ‘XFox Mix Biz’
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai berhati-hati dengan skim pelaburan ‘XFox Mix Biz’ yang dipercayai menggunakan nama syarikat yang tiada kaitan dengan pelaburan itu.
Perkara itu terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima aduan seorang individu mendakwa nama dan logo syarikat itu digunakan pihak lain bagi mempromosikan skim pelaburan berkenaan.
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pengadu menafikan pengetahuan mahupun pembabitan syarikatnya dengan skim pelaburan terbabit.
“Berdasarkan semakan kita, tiada sebarang laporan polis diterima dari mana-mana individu yang menjadi mangsa skim terbabit setakat ini.
“Sehubungan dengan itu, PDRM menggesa individu-individu yang sudah menyertai skim pelaburan ‘XFox Mix Biz’ segera tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
Beliau berkata, dalam usaha membendung kegiatan sindiket penipuan sebegini, masyarakat diingatkan tidak mudah terpedaya dengan promosi pelaburan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan dalam masa yang singkat.
“Orang ramai perlu sentiasa membuat semakan terperinci dengan agensi kerajaan yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.
“Dapatkan nasihat serta maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan,” katanya.
Selain itu, orang ramai turut digalakkan membuat semakan menerusi senarai amaran pelabur yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Waspada skim penipuan pelaburan ‘XFox Mix Biz’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Islam Bukan Sekadar Pakaian Dan Ceramah
- Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :