Piala Supermokh 2023: AMD bangkit ikat kelab Croatia

Piala Supermokh 2023: AMD bangkit ikat kelab Croatia

Piala Supermokh 2023: AMD bangkit ikat kelab Croatia
Pasukan AMD Dream mempamerkan kebangkitan untuk mengikat kelab Croatia, NK Osijek hari ini.

PETALING JAYA – Skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Dream memulakan saingan kategori bawah 14 (B-14) tahun Kejohanan Bola Sepak Piala Supermokh 2023 dengan rentak positif selepas seri 1-1 ketika bertemu juara bertahan, NK Osijek hari ini.

Pada perlawanan di AMD Gambang, Pahang, kelab yang berpangkalan di Croatia itu terlebih dahulu di depan seawal minit ke-43 hasil jaringan Jakov Dedic sebelum Arfan Haziq Ahmad Marzuki menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50.

Ketua jurulatih AMD Dream, Ahmad Shahir mengakui keputusan seri satu keputusan positif dan langkah permulaan untuk ke pentas final.



“Saya berpuas hati dengan persembahan pemain, cuma ada satu dua perkara perlu diperbaiki pada perlawanan seterusnya, terutamanya kesilapan mudah ketika bertahan.

“Untuk kejohanan kali ini sasaran pasukan adalah ke pentas final dan mengharapkan satu mata diraih akan menjadi langkah permulaan ke pentas final,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, pengendali NK Osijek, Ante Bekavic percaya AMD Dream memiliki kualiti permainan yang bagus dan ia terserlah dalam perlawanan hari ini.

“Perlawanan menarik dan bagus buat pasukan terutamanya pemain-pemain baharu yang dibawa, keputusan seri 1-1 adalah adil buat kedua-dua pasukan.



“Terima kasih kepada penganjur (Majlis Sukan Negara) yang mengadakan kejohanan untuk pemain-pemain muda membuktikan kemampuan dimiliki,” kata Bekavic.

Pada satu lagi perlawanan, Sekolah Sukan Bukit Jalil / CZA NFDP (Malaysia) terpaksa akur apabila tewas 2-4 kepada wakil Thailand, Buriram United (Thailand). – KOSMO! ONLINE

Piala Supermokh 2023: AMD bangkit ikat kelab Croatia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Punca UMNO Hilang Sokongan Di Felda?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading