Amaran Israel supaya penduduk Gaza pindah ke selatan dalam 24 jam

Amaran Israel supaya penduduk Gaza pindah ke selatan dalam 24 jam

Amaran Israel supaya penduduk Gaza pindah ke selatan dalam 24 jam
KEBAKARAN susulan serangan udara Israel di Gaza. FOTO AFP

Gaza: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata, ia diberitahu oleh tentera Israel bahawa kira-kira 1.1 juta rakyat Palestin di Gaza harus berpindah ke selatan enklaf itu dalam tempoh 24 jam akan datang, lapor portal The National News.

“PBB menganggap mustahil untuk gerakan sebegitu berlaku tanpa kesan kemanusiaan yang memusnahkan,” kata jurucakap PBB, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PBB merayu sekeras-kerasnya supaya sebarang perintah sedemikian, jika disahkan, untuk dibatalkan.



“… ia bagi mengelak apa yang boleh mengubah apa yang sudah menjadi tragedi kepada situasi yang membawa bencana,” katanya.

Dujarric berkata, arahan tentera Israel itu juga dikenakan kepada semua kakitangan PBB dan mereka yang bernaung di kemudahan PBB, termasuk sekolah, pusat kesihatan dan klinik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Dalam pada itu, portal sama melaporkan Israel memperhebatkan serangannya di Semenanjung Gaza dengan keganasan tidak menunjukkan petanda reda di wilayah selatan didudukinya secara haram, manakala ketegangan terus meningkat di kawasan sempadan dengan Lubnan.

Jumlah pelarian di Gaza melebihi 330,000 orang awam pada hari keenam pertempuran.

Pada petang Khamis, Briged Al Quds, sayap bersenjata Jihad Islam Palestin berkata, ia menembak 103 roket ke arah Baitulmaqdis dan selatan Israel, menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi Telegram.

The National News melaporkan kumpulan pejuang Islam itu juga mendakwa serangan dilancarkan ke atas pangkalan udara dan tentera Zionis.



Di utara Israel, siren dibunyikan awal petang Khamis ketika tentera melaporkan serangan dilancarkan dari ruang udara Lubnan, di mana pejuang Hizbullah dan Hamas mengaku bertanggungjawab terhadap roket yang ditembak ke Israel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Tentera Israel bertindak balas dalam beberapa hari kebelakangan ini terhadap tembakan meriam dan serangan udara di selatan Lubnan, menyebabkan orang awam melarikan diri lebih jauh ke utara.



Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh meningkat kepada 1,537 termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita, manakala 6,612 lagi cedera dalam serangan udara Israel, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

Sementara itu, AFP melaporkan berlaku huru-hara di Hospital al-Shifa di Gaza. Hospital itu adalah yang terbesar di wilayah itu yang selama 16 tahun berada di bawah sekatan ketat Israel.

Di tengah-tengah aliran ambulans yang tidak putus-putus, saudara-mara bertanya khabar, mangsa cedera keluar masuk, kelihatan dua kanak-kanak duduk di atas tanah, dalam keadaan keliru dan senyap.

Seorang jururawat menyerahkan seorang daripada kanak-kanak itu kepada seorang doktor yang menjerit: ‘Adakah sesiapa di sini mengenali kanak-kanak ini?. Dia kemudian bergegas menuju ke arah puluhan mangsa yang cedera dibaringkan di atas tilam nipis.



Suasana tambah memilukan apabila saudara-mara mangsa korban serangan rejim Zionis Israel meraung di bilik mayat.

Berpuluh-puluh mayat yang dibalut kain kafan memenuhi peti simpanan mayat dan ada mayat diletakkan di atas lantai.

Amaran Israel supaya penduduk Gaza pindah ke selatan dalam 24 jam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button