Penduduk Gaza tarik mayat dari runtuhan bangunan
Penduduk Gaza tarik mayat dari runtuhan bangunan
Gaza: Pasukan penyelamat mengangkat bongkah simen dan menarik mayat warga Palestin dari runtuhan bangunan kediaman yang musnah akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza.
“Kenapa kami tidak berbuat apa-apa Ya Allah,” jerit seorang pemuda yang menangis ketika saudaranya dibungkus dengan kain kafan dan dibawa pergi di atas pengusung ketika pertempuran Palestin dan Israel sudah berlanjutan seminggu.
Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas diserang sejak Sabtu apabila pejuang Islam itu menyeberang ke wilayah Palestin yang diduduki Israel secara haram, dan kumpulan pejuang itu membunuh lebih 1,200 orang di pihak Zionis.
Serangan balas dan serangan udara Israel ke atas Gaza pula membunuh lebih 1,300 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pegawai kesihatan Palestin.
Di Shati, kem pelarian terbesar di Gaza, kedengaran jeritan membawa pengharapan mangsa yang terselamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
“Mari! Dia masih hidup!,” yang diikuti pasukan penyelamat bergegas untuk mengeluarkan serpihan di sekeliling tangan yang ‘timbul’ dari runtuhan, akhirnya berjaya membebaskan lelaki yang masih terperangkap.
Dengan darah menitik di kepalanya, dia dibawa oleh sukarelawan ke ambulans berhampiran.
Wartawan AFP menyaksikan pesawat pejuang Israel melakukan serangan bertubi-tubi dari udara dalam tempoh setengah jam ke atas Shati, kem pelarian yang sesak, pada pagi Khamis lalu.
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun menangis ketika bapanya bergegas menariknya dari bawah runtuhan.
“Ayah, mana ibu dan adik beradik saya?” budak lelaki itu menjerit, dengan dia diselaputi habuk dan berdarah akibat pelbagai luka di badannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
Jamal al-Masri, pemilik satu daripada rumah yang musnah berkata, serangan itu mengejutkan keluarganya.
“Kami sedang tidur. Tiba-tiba, seluruh kawasan kejiranan diserang bom penjajah Zionis. Rumah saya, rumah abang saya, rumah keluarga saya, dan beberapa rumah jiran musnah sepenuhnya,” katanya kepada AFP.
Apabila dia keluar dari rumahnya, Masri berkata, dia melihat terlalu banyak mayat bergelimpangan.
“Saya dapati semua orang mati, berkecai bahagian badan dan mayat anak-anak saya dan anak-anak kejiranan,” katanya yang amat terkejut dengan kejadian itu.
Dia cuba menenangkan anak perempuannya yang menjerit: “Ayah, adakah ini benar-benar berlaku kepada kita?,” jeritan anak kesayangannya itu seperti tidak percaya dilanda musibah itu.
Namun Masri menegaskan, situasi akan baik-baik saja dan mereka tetap akan tinggal di Gaza, berazam tidak akan meninggalkan Gaza, walaupun di sekelilingnya tiada apa yang tinggal.
Penduduk Gaza tarik mayat dari runtuhan bangunan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :