Perahu penambang karam, 20 penumpang tempuh detik cemas

Perahu penambang karam, 20 penumpang tempuh detik cemas

Perahu penambang karam, 20 penumpang tempuh detik cemas
Sebahagian daripada 20 penumpang berenang ke tebing selepas perahu tambang yang mereka naiki karam berdekatan pengkalan Balang, Kampung Beradek, Kuching, pagi tadi. – Foto NSTP/Ihsan Pembaca

KUCHING: Seramai 20 penumpang perahu penambang termasuk 11 pelajar sekolah menengah menempuh detik cemas apabila pengangkutan itu karam di Sungai Sarawak, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi itu berlaku ketika perahu penambang itu membawa penumpang serta enam motosikal menyeberangi sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, kejadian itu berlaku berdekatan pengkalan Balang, Kampung Beradek, di sini.



Beliau berkata, semua penumpang selamat apabila berjaya berenang ke tebing.

“Polis meminta orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perahu penambang karam, 20 penumpang tempuh detik cemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker