Wanita jadi sasaran gara-gara bekas suami hutang along

Wanita jadi sasaran gara-gara bekas suami hutang along

Wanita jadi sasaran gara-gara bekas suami hutang along
Yeng (dua dari kiri) menunjukkan foto dan salinan laporan polis selepas sidang akhbar di Pejabat ADUN Johor Jaya, Taman Johor Jaya. – Foto NSTP/OMAR AHMAD

JOHOR: Seorang eksekutif sebuah syarikat di Singapura hidup dalam ketakutan selepas diganggu along yang menagih hutang bekas suaminya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Yeng, 42, mendakwa along mengugut mahu membakar rumah keluarganya di Taman Desa Jaya di sini, jika tidak membayar hutang dipinjam oleh bekas suaminya.

Beliau berkata, bukan saja menghantar ugutan menerusi aplikasi WhatApps, malah along juga membaling cat kuning di rumah kakaknya.



“Mimpi ngeri kami sekeluarga bermula pertengahan bulan lalu apabila saya menerima mesej ugutan along mendesak supaya membayar wang yang dipinjam bekas suami.

“Tidak cukup dengan itu, along kemudian datang ke rumah kakak saya dan tinggalkan nota ugutan supaya membayar balik hutang bekas suami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




“Pada 3 Oktober lalu, mereka bertindak menyimbah cat kuning di rumah kami dan terkena pada bahagian pagar serta kereta,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Taman Johor Jaya di sini, semalam.

Ibu tunggal kepada dua anak berusia 14 dan 18 tahun itu berkata, keluarganya terpaksa mengeluarkan kos kira-kira RM2,000 untuk membaiki kerosakan itu.

“Sejak kejadian itu, saya bimbang dengan keselamatan keluarga. Dua anak saya tinggal bersama dengan abang, kakak serta abang ipar di rumah itu, sementara saya hanya dapat pulang dari Singapura seminggu sekali.

“Kami sekeluarga susah untuk tidur kerana risau setiap malam, tidak tahu bila along itu datang lagi. Sebenarnya ini bukan kali pertama bekas suami saya ada masalah dengan along.



“Saya juga sudah membuat tiga laporan polis berhubung perkara itu,” katanya yang sudah bercerai dengan suami sejak 10 tahun lalu.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.


Sementara itu, Pegawai Aduan Pejabat ADUN Johor Jaya, Mok Meng Haw menggesa bekas suami Yeng supaya bertanggungjawab dan segera melunaskan hutang itu atau berdepan tindakan daripada pihaknya.



Wanita jadi sasaran gara-gara bekas suami hutang along


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading