Maritim Malaysia rampas 9 kg syabu, tahan 14 PATI cuba keluar Malaysia secara haram

Maritim Malaysia rampas 9 kg syabu, tahan 14 PATI cuba keluar Malaysia secara haram

Maritim Malaysia rampas 9 kg syabu, tahan 14 PATI cuba keluar Malaysia secara haram
Foto hiasan

PELABUHAN KLANG: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor merampas lapan bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat kira-kira sembilan kilogram (kg) dan menahan 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyeludup keluar dari Malaysia di Pantai Kelanang, Banting, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Mohd Sharenliza Ghazali, berkata suspek ditahan pada kedudukan sekitar 0.91 batu nautika barat daya Pantai Kelanang, Kuala Langat.

“Tangkapan dilakukan susulan maklumat risikan yang diterima dan panduan dari Pusat Kawalan Kawasan (ACC) SWASLA Klang yang mana satu bot fiber dalam keadaan mencurigakan dikesan di Perairan Tanjung Tongkah.



“Maritim Selangor mengatur gerak sebuah bot ronda bagi memintas bot fiber terbabit.

“Pemandu bot terbabit cuba meloloskan diri dan dikejar bot pasukan kira-kira 20 minit sebelum ditahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.




“Beberapa orang terjun ke laut dan melarikan diri ke hutan bakau Pantai Kelanang sebelum bot dapat ditahan pada jam 11.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sharenliza berkata, bot fiber tidak bernombor pendaftaran itu membawa sembilan penumpang perempuan Indonesia, tiga lelaki Pakistan dan dua lelaki Indonesia berusia dalam lingkungan 27 hingga 50 tahun tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, bot dan semua PATI dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Kita menemui dua beg dalam bot berkenaan berisi lapan bungkusan mampat mengandungi serbuk kristal putih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran kasar berat kira-kira sembilan kilogram.



“Bungkusan dadah terbabit diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


Mohd Sharenliza berkata, difahamkan bayaran dikenakan untuk menyeludup pendatang asing menerusi cara itu ialah sekitar RM1,700 seorang dan warga asing berkenaan dipercayai menuju ke Medan dan Dumai, Indonesia.



Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1953/63 kerana masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan tidak diwartakan, Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) kerana membawa masuk atau keluar pendatang asing dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maritim Malaysia rampas 9 kg syabu, tahan 14 PATI cuba keluar Malaysia secara haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button