Puteri Sarah Enggan Komen, Terkejut Dakwaan Netizen Pasal Bekas Suami
“Saya Sibuk Dengan Kerja, Saya Pun Tak Tahu…,” –
Puteri Sarah Enggan Komen, Terkejut Dakwaan Netizen Pasal Bekas Suami
Pelakon Puteri Sarah Liyana tidak mahu mencampuri urusan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita, sebagaimana tular di media sosial.
Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi Syamsul dan hanya berhubung mengenai anak-anak.
Malah Sarah turut terkejut dengan khabar angin yang melanda bekas suaminya itu.
“Saya sibuk dengan kerja saya… saya pun tak tahu… Saya pun terkejut juga mendengar. Saya pun tak nak komen lebih-lebih… itu hal peribadi dia.
“Itu tiada kena mengena dengan saya…. yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
Sarah berkata demikian ketika ditemui di pementasan Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib di Istana Budaya, pada Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah memberitahu dirinya mengetahui khabar tersebut daripada netizen selain memaklumkan tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.
“Saya baru tahu hari ini…. saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan
“Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir… komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.
“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa… Yang lain semua saya tak nak tahu,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
Terdahulu, sebuah media hiburan melaporkan mengenai seorang selebriti popular bersatus suami orang yang didakwa rapat dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.
Difahamkan, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga berada.
Susulan khabar tersebut ada netizen yang mengaitkan nama pengarah berkenaan menerusi ruangan komen.