24 jam yang kritikal buat hospital Gaza

24 jam yang kritikal buat hospital Gaza

24 jam yang kritikal buat hospital Gaza
PETUGAS ambulans memberi rawatan awal sebelum memindahkan mangsa cedera ke Hospital Al-Shifa di Gaza. FOTO AFP.

Gaza: Simpanan bahan api di semua hospital di seluruh Semenanjung Gaza dijangka hanya bertahan untuk 24 jam lagi, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA).

“Penutupan generator sokongan ini akan meletakkan nyawa ribuan pesakit dalam bahaya,” kata OCHA hari ini.

Pihak berkuasa Gaza memaklumkan sehingga kini 2,670 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel, suku daripadanya adalah kanak-kanak dan hampir 10,000 orang cedera.

Seramai 1,000 orang lagi dilapor hilang dan dipercayai berada di bawah runtuhan bangunan.



Perang yang berlarutan sembilan hari semakin memuncak dengan Israel melakukan serangan darat dan turut menyerang selatan Gaza selepas mengeluarkan amaran, meminta penduduk di bahagian utara berpindah ke selatan.

24 jam yang kritikal buat hospital Gaza
FULLA Al-Laham, 4, cedera dalam serangan Israel yang mengorbankan 14 ahli keluarga termasuk ibu bapanya, ditemani neneknya di hospital di Khan Yunis, selatan Gaza. FOTO Reuters.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?


Tegasnya, pemindahan secara paksa pesakit dan petugas kesihatan akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan kesihatan awam, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kemudahan kesihatan di kawasan itu terus menerima kemasukan pesakit meskipun bergelut untuk beroperasi melebihi kapasiti maksimum dan sesetengah pesakit terpaksa dirawat di koridor berikutan kekurangan katil.



WHO berkata, tindakan memaksa lebih 2,000 pesakit berpindah ke selatan Gaza boleh dianggap umpama “hukuman mati.”

Badan dunia itu juga turut mengulangi gesaan untuk penghantaran segera bekalan perubatan, bahan api, air bersih, makanan dan bantuan kemanusiaan lain ke Gaza melalui Rafah.

24 jam yang kritikal buat hospital Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker