Kad Kredit/i-Affin Aura mesra alam, lebih banyak manfaat

Kad Kredit/i-Affin Aura mesra alam, lebih banyak manfaat

Kad Kredit/i-Affin Aura mesra alam, lebih banyak manfaat

Affin Bank Berhad (Affin Bank) memperkenalkan kad kredit baharu dikenali sebagai Kad Kredit/-i Affin Aura diperbuat daripada bahan kitar semula.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pelancaran kad kredit baharu ini selaras pelan strategi tiga tahun Affin akan datang iaitu Affin 2025 (Pelan A25) yang memfokuskan tiga teras.



“Ia perbankan bertanggungjawab dengan impak, perkhidmatan pelanggan tiada tandingan dan kepimpinan digital.

“Kad kredit ini juga memberikan faedah merentasi pelbagai jenis promosi yang terdiri daripada kategori seperti makan, membeli-belah, melancong dan penginapan, kecantikan dan kesihatan serta pelan ansuran,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pelanggan boleh memohon Kad Kredit/-i Affin Aura dan berpeluang memenangi wang tunai RM80,000 dengan Kempen Mohon, Belanja & Menang dengan kad Affin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi




Kad kredit berkenaan menawarkan kadar faedah serendah 8.0 peratus setahun pada tahun pertama dan untuk tahun kedua dan seterusnya, tertakluk kepada kadar tertentu pada urus niaga runcit yang dibuat.

Untuk tahap 1, kadar faedah 9.0 peratus setahun dikenakan jika pemegang kad menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar dengan segera dalam 12 bulan berturut-turut.

Pada tahap 2, 12 peratus kadar faedah dikenakan jika pemegang kad menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar dengan segera sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan, manakala tahap 3, 18 peratus kadar dikenakan jika rekod pembayaran pemegang kad tidak berada dalam senarai dinyatakan.



Kad Kredit/i-Affin Aura mesra alam, lebih banyak manfaat

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button