Kematian tertinggi satu serangan udara di Gaza

Kematian tertinggi satu serangan udara di Gaza

Kematian tertinggi satu serangan udara di Gaza
SEORANG lelaki yang cedera susulan serangan ke atas sebuah hospital di Gaza. FOTO Reuters/Reuters Tv

Gaza: Pengeboman oleh rejim Zionis Israel menerusi serangan udara yang menyasarkan hospital yang penuh sesak di tengah Gaza, membunuh kira-kira 500 mangsa termasuk pesakit dan pelarian Palestin yang berlindung di dalam pusat perubatan itu.

Al Jazeera melaporkan, jika angka itu disahkan, ini bermakna jumlah kematian akan menjadi antara yang tertinggi bagi satu serangan udara Israel sejak 2008.

Serangan ke atas Hospital Arab al-Ahli dengan cepat mencetuskan kecaman antarabangsa, apabila saluran berita dan media sosial dipenuhi dengan imej bilik rawatan terbakar dan pengusung bersama mangsa serangan, dalam keadaan bergelimpangan .



“Ini adalah keterlaluan dan sekali lagi ia menunjukkan sikap Israel tidak menghiraukan nyawa orang awam,” kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di media sosial.

Sementara itu, Raja Jordan Raja Abdullah II menggelar serangan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi




Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan menjelaskan hospital diserang itu memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.

“Hospital itu menempatkan ratusan orang sakit dan cedera serta orang ramai yang dipindahkan secara paksa dari rumah mereka,” kata kementerian itu.

Puluhan ribu keluarga mencari perlindungan di hospital-hospital yang diharapkan lokasi selamat daripada serangan bertali-arus ke atas Gaza oleh rejim tentera Zionis Israel.

Rakaman Al Jazeera dari tempat kejadian menunjukkan petugas perubatan dan orang awam memasukkan mayat ke dalam beg jenazah atau dikafankan dengan kain putih.



Percikan darah di merata-rata tempat dan beberapa kereta yang terbakar kelihatan di halaman hospital, dalam suasana gelap.

Pemimpin parti politik Inisiatif Nasional Palestin (PNI), Mustafa Barghouti memberitahu Al Jazeera bahawa serangan ke atas hospital itu seharusnya mendorong pemimpin dunia mempersoalkan sokongan mereka terhadap Israel.

“Tiada sesiapa pun di dunia yang menyerang hospital di mana-mana negara lain di dunia. Adakah mereka akan mengutuk pembunuhan beramai-ramai oleh Israel ini?

“Adakah mereka akan mengutuk kelakuan Israel ini? Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Namun merekalah yang memberikan senjata dan wang serta sokongan kepada penyerang Israel ini,” kata Barghouti.



Barghouti berpandangan infrastruktur awam memang sengaja disasarkan dalam serangan Israel itu.

Kira-kira 3,000 mangsa terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.

Kematian tertinggi satu serangan udara di Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada kah pihak yang masih percaya kepada penjelasan Mahathir berkenaan Kes cukai Najib?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button