Ada lelaki takut dengan Wani Kayrie
Ada lelaki takut dengan Wani Kayrie
Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Wani Kayrie mendedahkan ada lelaki yang takut untuk berkawan dan melangkah ke fasa serius kerana menganggap mereka tidak setaraf dengannya.
Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 23, berkata, jika nak diikutkan, dia bukanlah terlalu memilih untuk berkawan kerana yang penting lelaki itu seorang yang rajin berusaha serta bekerja keras sepertinya.
“Saya tidak cakap pun nak cari lelaki yang sama taraf kerana saya pun bermula dari bawah sebelum berada pada tahap sekarang
“Saya akui ada lelaki yang takut untuk melangkah ke fasa seterusnya bila mereka dapat tahu saya memiliki ‘degree’ (ijazah),”katanya.,
Menurut Wani yang memiliki kereta mewah, Mercedes-Benz CLA180, keselesaan hidup yang dimiliki hari ini juga berkat kerja kerasnya sejak 12 tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Agong Boleh Di Desak?
- Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia
- PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?
“Maklumlah, saya anak sulung dan menjadi punca rezeki dalam keluarga. Mama saya juga masih bekerja dan ada adik yang masih kecil.
“Bagi saya, jika lelaki itu serius mahu berkawan, saya tiada masalah untuk terima asalkan dia pandai cari duit sendiri, walaupun hanya memandu kereta biasa saja,” katanya yang pernah dikaitkan dengan penyanyi, Afieq Shazwan.
Wani yang akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Perdagangan berkata, bukannya tiada lelaki yang mahu mendekati tetapi buat masa ini, dia mahu habiskan pelajaran terlebih dulu.
“Pada masa sama, saya juga ada perancangan untuk sambung belajar ke peringkat ‘master’ (sarjana) dan PhD (Doktor Falsafah) pada masa depan,” katanya.
Ditanya sama ada dirinya dikongkong keluarga hingga tiada masa untuk mencari teman lelaki, Wani menafikannya.
“Saya bersyukur kerana mama okay dan tidak kisah jika saya nak berkawan dengan siapa sahaja termasuk rakan artis.
“Apa yang penting, saya pandai menjaga diri. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan kena beritahu mama terlebih dulu,” katanya.
Ada lelaki takut dengan Wani Kayrie
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :