Kaca pecah, wanita maut selepas terjatuh dari jambatan

Kaca pecah, wanita maut selepas terjatuh dari jambatan

Kaca pecah, wanita maut selepas terjatuh dari jambatan
FOTO tular menunjukkan jambatan kaca itu pada masa kejadian.

Jakarta: Seorang pelancong yang berswafoto di jambatan kaca The Geong di Hutan Pinus Limpakuwus, Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah, maut selepas terjatuh dari jambatan itu, apabila kepingan kaca pada satu bahagian struktur berkenaan, pecah.

Portal detik.com melaporkan, seorang saksi, Sunarto berkata, pada masa kejadian, dia menjaga tandas di hadapan kawasan jambatan kaca.

“Tiba-tiba terdengar bunyi letupan seperti kaca pecah. Ia memang benar terjadi, kruk krak kruk krak kaca yang pecah terkena besi.



“Pada masa itu, kira-kira 10 pagi, terdapat kira-kira 11 orang di atas jambatan kaca itu.

“Ada empat pelancong mengambil gambar selfie. Dua daripadanya jatuh, dua daripadanya ‘tersekat’ di atas (jambatan). Mereka semua wanita,” kata Sunarto kepada wartawan di lokasi pada Rabu lalu.

Terkejut, selepas kejadian itu, Sunarto segera meminta bantuan kepada pekerja lain yang berada di sekitar lokasi.

Menurutnya, dua pelancong yang terjatuh itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.



“Saya terus menjerit meminta pertolongan dari orang-orang yang bekerja di kawasan sekitar. Dua pelancong yang jatuh itu… saya lihat tidak sedarkan diri.

“Tetapi saya tidak terus ke bawah sebaliknya mendapatkan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Banyumas, Edy Suranta Sitepu yang bergegas ke lokasi berkata, doktor mengesahkan kematian seorang mangsa berusia 49 tahun.

“Mangsa yang mati adalah dari daerah Cilacap, manakala seorang lagi mangsa berusia 41 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya.



Menurutnya, polis masih menyiasat mengenai tragedi itu dan merayu saksi untuk tampil menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

Kaca pecah, wanita maut selepas terjatuh dari jambatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kem siapa dalam BERSATU ‘pedajal’ Hamzah Zainudin?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button